Thursday 22 September 2016

Entri 4 - Rumusan Artikel Jurnal - Bidang Bahasa dan Sastera

Sastera adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan dalam bentuk bahasa.


Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakekatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. 

                                            ( Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal. 11 )

Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat. 

          ( B. Simorangkir-Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8 )

Dewasa ini, kesusasteran tidak lagi menjadi perhatian umum. Dunia sastera telah dicemari oleh pelbagai tohmahan.  Ada yang mengatakan sastera tidak lagi sehebat pada zaman dahulu. Dahulu sastera adalah antara yang mempunyai daya keintelektualnya yang tersendiri.

Jika sesuatu perkara itu berlaku, bagaimna untuk kita memulihkannya? Adakah dengan menuding jari dan menyalahkan orang lain?. Tidak, sebaliknya kita sendiri perlu lebih peka untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pada zaman moden ini, sastera dipandang sepi. Ini kerana pembaca sekarang disogokkan dengan bahan-bahan bacaan yang pasif dan tidak mencabar minda. Perkara ini akan merugikan pembaca, kerana pembaca tidak akan berfikiran positif dan kritis. Oleh itu, pemikiran pembaca akan lebih kolot dan tidak berani menyatakan kebenaran.



Dalam sastera, selain keindahan bahasa, teknik peyampaian dan isu yang dikemukakan haruslah mendapat perhatian. Ada karya yang berani menentang rasuah, kezaliman, dan salah guna kuasa. Namun ketidak telusan berlaku yang mana ada sesetengah edirot yang tidak berani menyiarkan jika sesuatu isu itu melibatkan hal yang sensitive dengan isu-isu semasa.

Penulis pulak tidak harus leka dengan persoalan sastera sahaja. Soal bahasa juga menjadi keutamaan. Ini kerana, bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan. Sayangnya sastera belum mendapat penarafan yang sewajarnya secara perundangan. Sastera masih kekal sebagai satu konsep yang longgar dan mudah dicabar. Sastera adalah indentiti sesuatu bangsa. Bangsa Melayu akan tenggelam dalam indentiti universal selagi mereka masih lagi kecil, lemah dan tidak kukuh identity kebangsaannya.

Fenomina ini telah merencatkan perkembangan sastera dan bahasa Melayu. Kini, mata pelajaran sastera juga tidak lagi diwajibkan untuk dipelajari disekolah dan universiti. Ramai yang beranggapan bahawa sastera tidak mempunyai kepentingan. Dan ini menjadikan dilema kepada Sastera Melayu.

  
Disarankan agar pihak berwajib khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan sewajarnya dalam mengekal Sastera Melayu dalam era globalisasi ini. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menguatkan lagi ninergi dengan lebih banyak kumpulan, penerbit dan persatuan agar maruah sastera dan bahasa dapat terus diperkembangkan.

No comments:

Post a Comment