Wednesday 21 September 2016

Entri 3 - Rumusan Artikel Jurnal - Bidang Komunikasi





Dapatan kajian mendapati satu hubungan yang kukuh di antara kecekapan komunikasi penyelia dan kepuasan komunikasi pekerja, sementara hubungan yang sederhana didapati di antara kecekapan komunikasi penyelia dan kepuasan kerja pekerja.  Hubungan yang kuat didapati di antara gaya kepimpinan hubungan penyelia dan kepuasan komunikasi pekerja, sementara hubungan yang lemah didapati di antara gaya kepimpinan hubungan penyelia dan kepuasan kerja pekerja.  Hubungan yang kuat ditemui di antara gaya kepimpinan tugas penyelia dan kepuasan komunikasi pekerja, sementara hubungan yang lemah didapati antara gaya kepimpinan tugas penyelia dan kepuasan kerja pekerja. Hubungan yang kukuh ini didapati di antara kedua-dua gaya kepimpinan tugas dan hubungan, dan kecekapan komunikasi penyelia.
Secara ringkas, dapatan kajian mendapati :   

  • Kecekapan komunikasi penyelia didapati sebagai peramal yang kuat kepada kepuasan komunikasi pekerja, diikuti oleh gaya kepimpinan hubungan; 
  • Kecekapan komunikasi penyelia juga didapati sebagai peramal kepada kepuasan kerja pekerja. 
  • Gaya kepimpinan hubungan didapati sebagai peramal yang kuat kepada kecekapan komunikasi penyelia, diikuti oleh gaya kepimpinan kerja.

Kajian ini mendapati kedua-dua gaya kepimpinan kerja dan hubungan mempunyai hubungan yang positif kepada kepuasan kerja dan komunikasi pekerja, di mana hubungan yang kukuh ditunjukkan antara gaya kepimpinan dan kepuasan komunikasi pekerja. Ianya menjelaskan bahawa kepuasan pekerja akan memuncak apabila mendapati penyelia mereka mempamerkan tingkah laku dan gaya kepimpinan kerja dan hubungan yang berkesan. Gaya kepimpinan yang berkesan seperti kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan oleh penyelia dapat meningkatkan motivasi kerja pekerja, yang akhirnya dapat meningkatkan mutu kerja mereka. 

Hubungan yang kukuh didapati di antara kecekapan komunikasi penyelia dan kedua-dua kepuasan kerja dan komunikasi pekerja. Penyelia yang mampu menggunakan bahasa-bahasa motivasi dalam berkomunikasi dapat meningkatkan penilaian pekerja terhadap menilai persepsi kecekapan komunikasi mereka. Dengan keberkesanan penyelia menggunakan bahasa motivasi, tahap motivasi dalam diri pekerja juga dapat dipertingkatkan dan akhirnya peningkatkan dalam kepuasan komunikasi dan kerja pekerja dapat diterjemahkan. 




 Kajian ini melanjutkan lagi dapatan daripada kajian-kajian terdahulu dengan mengambil memperincikan lagi pembolehubah-pembolehubah kajian. Dapatan kajian ini juga banyak menyokong hasil-hasil kajian terdahulu. Penambahan penting di dalam kajian ini ialah,  ianya dapat memberi gambaran berkaitan bidang tumpuan (kecekapan komunikasi penyelia dan gaya kepimpinan) kepada organisasi agar kepuasan pekerja mereka dapat dimaksimakan dan akhirnya berpotensi untuk meningkatkan prestasi pekerja mereka.

Penulis menjelaskan sumbangan kajian kepada industri. Mengambil contoh beberapa kesan negatif hasil tahap kepuasan kerja dan komunikasi yang rendah, seperti ketidakhadiran dan berhenti kerja, penulis menjelaskan bahawa dapatan kajiannya dapat memberi gambaran kepada organisasi mengenai kepentingan untuk membangunkan program latihan penyeliaan agar peningkatan tingkahlaku komunikasi penyelia dapat ditingkatkan. Sebagai hasil, organisasi mungkin mampu melihat kesannya positif terhadap peningkatan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Dengan adanya penjelasan daripada skop sumbangan kajian, kajian ini dapat menjelaskan dengan baik kesan kajian terhadap industri dan memberi gambaran apa yang perlu dilakukan oleh pemain industri untuk memanfaatkan dapatan kajiannya. 

Rumusan 

Secara keseluruhan, kajian yang dilakukan ini dilakukan untuk membuktikan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik sebelum ini. Namun, sebagai penambahbaikan, kajian ini dilanjutkan dengan mengembangkan pembolehubah-pembolehubah kajian agar dapatan kajian dapat diperincikan dengan lebih baik. Dengan adanya kajian ini, organisasi dapat memanfaatkan hasil kajian dengan merancang program yang bersesuaian kepada pengurus dan penyelia mereka agar tingkahlaku komunikasi dapat ditingkatkan dan dipercekapkan dengan seoptima mampu. Selain daripada itu, pada masa akan datang, kajian ini seharusnya juga diperkembangkan dalam konteks industri di Asia, kerana bagi sesetengah aspek, terdapat perbezaan hasil kajian di antara Timur dan Barat. Seperti yang dilakukan penulis, untuk kajian di masa depan, kajian ini haruslah diperincikan lagi dengan pembolehubah-pembolehubah baru agar hasil kajian yang terperinci dapat ditemui.



 


No comments:

Post a Comment