Thursday 11 August 2016

Entry 2 - Ulasan Filem

Tahun 2016 menjadi penuh dengan kejutan movie yang bakal ditayangkan seoanjang tahun tersebut. Menarik perhatian saya bagi movie tahun 2016 adalah Dilwale lakonan oleh pelakon utamanya Shah Rukh Khan dan Kajol.


Dilwale 2015

Saya yakin filem ini ditunggu-tunggu oleh peminat setia Shah Rukh Khan dan Kajol. Penghujung tahun 2016, bermula pada 18 Dec 2016, tayangan serentak diseluruh negara. Filem ini berjaya mengutip kutipan sebanyak RM64 juta pada hari ketiga tanyagan di seluruh dunia. Gandingan pasangan ideal ini membuahkan hasil yang memberangsangkan untutk peminat-peminat mereka.

Berikut adalah ulasan daripada filem tersebut.

Filem : Dilwale (2015)
Pengarah : Rohit Shetty
Pelakon Utama : Shah Rukh Khan (Kali / Raj), Kajol (Meera), Warun Dhawan (Veer) & Kriti Sanon (Ishita)
Genre : Aksi/Drama/Romantik/Komedi
Pengedar : Red Chillies Entertaiment 
Tayangan : 18 Disember 2015
Durasi : 2 jam 30 minit


Kriti Sanon, Shah Rukh Khan, Kajol, Varun Dhawan

Kali (Shah Rukh Khan) menjalankan perniagaan haram emas untuk bapa angkatnya (Vinod Khanna) dengan baik dan perniagaan itu berkembang maju. Namun bapanya mempunyai pesaing (Khabir Bedi) yang juga membuat perniagaan haram. Kedua-dua perniagaan haram ini dijalankan di Bulgaria.

Kajol (Meera) digunakan sebagai umpan kerana bapanya tergugat dengan perniagaan yang dijalankan Vinod. Maka bermula babak pertembungan antara Kali (Shah Rukh Khan) dan Meera ketika aksi kejar mengejar dimana ketika itu Kali terlanggar Meera semasa aksi kejar mengejar tersebut. Dari situ, bermula lah babak-babak percintaan antara Kali dan Meera. Selepas kejadian itu, Kali sekali lagi terjumpa Meera di kawasan bandar. Kali ini Kali berani meminta nombor telefon Meera untuk mengenalinya lebih rapat. Pada saat dan ketika itu, Kali hanya meminta 5 minit masa untuk keluar bersama Meera. Saja juga tidak faham apa yang juga ditunjukkan oleh pengarah Rohit Shetty. Mengikut kepada situasi kejadian di atas, kurang daripada 2 hari si Kali telah tersangatlah beriya jatuh cinta dengan Meera. Tapi tak apa la, dah nama pun movie. Mengikut kreativiti pengarah la nak buat macam mana.

Akhirnya Kali berjaya meyakinkan Meera yang dia benar-benar sukakan Meera walaupun perkenalan kurang daripada dua hari. Hahaha... Tetapi Meera akhirnya membongkarkan dia adalah anak kepada Khabir iaitu musuh ketat Vinod. Meera berjaya mematahkan aktiviti penghantara emas oleh Kali. Berlaku babak-babak ekstrem pada saat tersebut. Akhirnya kali terbalik bersama dengan kereta yang dinaikinya. Ketika itu Meera datang dekat pada Kali untuk membunuh, tetapi Meera lepaskan kerana memikirkan hari tersebut adalah hari lahir dia.  

ketika aksi kejar mengejar

Kali tidak puas hati dengan tindakan Meera dan membuatkan Kali untuk bertemu dengan Meera. Akhirnya aksi kejar mengejar di antara mereka berdua sehingga Meera terbabas dengan kereta yang berpusing-pusing dan diselamatkan oleh Kali. Bersua muka kedua-dua mereka dan Kali tidak membunuh Meera. Tetapi kali hanya menyatakan "lain kali jika kau jumpa saya, lebih baik awak lari sebab nanti aku akan bunuh". Dua-dua orang berkejar-kejaran hanya untuk mengungkapan skrip itu sahaja. Meera balik rumah dan kesal dengan tindakan dia sebelum ini. Konon dia tidak nampak cinta yang terpancar di mata Kali. Meera datang ke rumah Kali untuk meninta maaf dan kesal dengan apa yang dia lakukan pada Kali. Namun Kali berkeras untuk tidak memaafkan Meera. Meera nekad untuk tidak berganjak daripada rumah Kali. Meera duduk di luar rumah Kali sehingga hujan dan tak makan dan minum. Akhirnya Kali keluar dan memaafkan Meera.

Kedua-dua mereka berjanji untuk bersama-sama selamanya. Dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan kedua-dua belah pihak. Akhirnya pertemuan dirancang oleh pihak bapak Meera untuk bertemu dengan bapak Kali. Dari situ, pergaduhan berlaku menyebabkan kedua-dua bapa mereka meninggal. Ketika Meera sampai dikawasan pergaduhan tersebut, bapanya telah ditembak oleh bapa kali, tetapi Meera salah faham disebabkan Kali memegang pistol ketika itu. Meera tidak yakin dengan kali dan menganggap Kali yang membunuh bapanya. Akhirnya Meera menembak Kali sebanyak dua kali. Mereka akhirnya berpisah. Meera dan adiknya, Ishita berpindah ke tempat baru. Begitu juga dengan Kali dan adiknya, Veer.

Cereta di atas ini adalah FLASHBACK!!!

Setelah berpisah 15 tahun 4 bulan 10 hari, mereka kembali bertemu ketika Raj (nama baharu Kali) pergi untuk bertemu kakak Ishita untuk membincangkan tentang perkahwinan Veer dan Ishita. Meera tidak bersetuju untuk mengawinkan Ishita dengan Veer. Dendam Meera kepada Raj (Kali) masih tidak padam sehingga saat ini. Akhirnya Raj menghalang Veer untuk berkawan, bercinta dan berkahwin dengan Ishita. Veer cuba untuk mendapatkan jawapan kenapa dia tidak dibenarkan berkahwin dengan Ishita. Namun Raj tidak memberi sebarang jawapan. 

Veer cuba mendapatkan jawapan daripa kedua-dua kawan baik Raj. Dan, Veer dapat tahu yang Raj dan Meera pernah bercinta sebelum ini. Mereka berusaha untuk merepatkan kembali Raj dan Meera. Raj telah menceritakan semua kejadian sebelum ini bahawa bukan dia yang membunuh bapa Meera. Meera mendapatkan kepastian daripada orang nombor 1 yang bapa dia percayai sebelum ini. Akhirnya Raj dan Meera kembali bercinta. TAMAT.

Saya tidak nampak apa yang hendak ditonjolkan pengarah filem ini selain megandingkan dua pelakon serasi dan hebat antara Shah Rukh Khan dan Kajol. Sebelum filem ini ditayangkan, saya dapat merasakan filem ini mempunyai babak-babak komedi, romatik dan aksi seperti filem-filem Bollywood yang lain. Apa yang saya kagum dalam filem ini adalah senimefografinya dan visual sangat menarik dan cantik. Lagu-lagunya seperti Gerua, Janam Janam, Tukur Tukur dan Manma Emotion Jaage sangat menarik dan menghiburkan. 

Harapan peminat Shah Rukh Khan dan Kajol terlalu tinggi sebenarnya dalam filem ini sehingga membuatkan ada yang kecewa apabila hasil yang ditampilkan tidak menepati seperti gambaran mereka. Walau bagaimanapun, gandingan mantap dua pelakon hebat itu menyelamatkan filem ini walaupun tidak mendapat sambutan hangat di India. 

Dari 10 rating penuh, aku bagi 7.7. Adil tak? hahaha... Cerita yang boleh tahanlah, susunan plot yang bagus, lawak yang menjadi juga di beberapa babak, lagu-lagu yang best, dan juga kisah cinta Kali dan Meera yang meruntun rasa, tak rugilah rasanya kalau pergi wayang tengok. Sekadar hiburan. Penangan seorang Shah Rukh Khan dan seorang Kajol.

No comments:

Post a Comment